PERATURAN PERMAINAN

Artikel I: Organisasi

Toluna SAS, dengan modal berjumlah 381,112.00 Euro, bertempat di 1 bis rue Collange 92593 Levallois Perret, dan berdaftar di bawah n°432033181 dengan Pendaftar Perdagangan dan Syarikat, sedang menganjurkan pertandingan percuma tanpa memerlukan sebarang pembelian. Pertandingannya, lengkapkan semua profil anda dan menangi pek Apple », bermula dari 11 Julai 2011 hingga 31 Oktober 2011.

Permainan ini terbuka kepada semua ahli Toluna, berumur 18 atau ke atas, yang tinggal di negara-negara berikut: Kanada, China, New Zealand, Australia, Jepun, India, Brazil, Korea Selatan, Mexico, Hong Kong, Argentina, Chile, Malaysia, Peru, Afrika Selatan, Thailand, Singapura.

Artikel II: Penyertaan

 

Untuk mengambil bahagian, ahli mesti mengisi dan menyimpan profil berikut:
Maklumat peribadi
Rumah dan Keluarga
Pekerjaan BARU
Kewangan BARU
Beli-belah BARU
Kesihatan BARU
Media BARU
Telefon Mudah Alih BARU
Pelancongan BARU
Permainan Video BARU
Internet BARU
Sukan dan Kecantikan BARU

Penyertaan pertandingan ini adalah percuma dan tidak dihadkan kepada satu penyertaan bagi setiap isi rumah.

Artikel III: Pencalonan dan peruntukan pemenang

Cabutan hadiah akan menguntukkan Pek Apple kepada seorang ahli Toluna, yang termasuk:
1 Kad iTunes bernilai 15 Euro
1 iPad 2 Wi-Fi 16 Go bernilai 489 Euro
1 Penutup Pintar Poliuretana iPad bernilai 39 Euro
1 Dok iPad2 bernilai 29 euro
1 MacBook Pro 13 inci 2.3 GHZ bernilai 1,149 Euro
1 Pencetak Epson Stylus SX515W semua dalam satu dengan Wi-Fi bernilai 119.95 Euro
1 iPod sentuh 8 Go bernilai 239 Euro
1 Stesen pengecas berganda Griffin, PowerDoc 2 (iPhone & iPod) bernilai 49.90 Euro

 

Jumlah Besar 2,129.85 Euro
Pemenang, dicabut secara rawak, harus telah melengkapkan semua profil mereka. 

Pemenang akan dihubungi oleh syarikat, Toluna, dan mempunyai dua minggu untuk menerima hadiah mereka.  Pemenang akan dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh syarikat Toluna SAS melalui e-mel.  Pemenang membenarkan semua semakan dibuat terhadap identiti mereka dan rumah mereka (alamat pos dan/atau e-mel).  Sebarang maklumat peribadi palsu atau maklumat alamat palsu akan membatalkan pemenang dan semua penyertaan mereka. 

Artikel IV : Pendaftaran Hak Cipta

Peraturan-peraturan diperkenalkan oleh Maître Franck CHERKI, Huissier de Justice 119, avenue de Flandre, 75019 PARIS, Perancis.

Peraturan-peraturan boleh diubah bila-bila masa dibawah samaran pemindaan oleh pengelola, berkenaan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pemindaan akan diperkenalkan oleh Maître Franck CHERKI, Huissier de Justice 119, avenue de Flandre, 75019 PARIS, Perancis.

Peraturan-peraturan ini boleh dihantar secara percuma kepada sesiapa yang menghantar permintaan kepada Toluna SAS, 14, place Marie-Jeanne Bassot, 92300 Levallois-Perret. Setem yang perlu guna untuk menghantar permintaan akan dibayar balik berdasar kepada kadar ‘surat’ standard.

Artikel V: Pembayaran Balik Caj-caj

Setiap peserta dalam pertandingan ini boleh mendapat pembayaran balik caj-caj kos sambungan sekira diminta, ini berdasarkan 5 minit tersambung pada kadar terturun. Permintaan pembayaran balik boleh diminta melalui pos ke Toluna SAS, bersama-sama dengan butiran akaun bank peserta, bukti alamat dan satu ekstrak bil daripada pembekal yang menunjukkan tarikh dan masa sambungan, tidak melebihi 30 hari selepas tarikh tutup pertandingan, cap pos pada surat dianggap sebagai tarikh akhir.  Kos-kos yang ditanggung oleh peserta seperti setem yang digunakan untuk permintaan ini akan dibayar balik berdasar kepada kadar ‘surat’ standard. Hanya satu permintaan pembayaran balik pada setiap peserta yang telah langgani permainan ini dan pada surat (sama nama dan sama alamat) akan dipertimbangkan. 

Bagaimanapun, bagi peserta yang memanfaatkan tawaran internet tak terhad, pembayaran balik tidak boleh dibuat kerana tiada sebarang caj tambahan dikenakan ketika peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini

Artikel VI: Sambungan dan Penggunaan

Penyertaan membabitkan pengetahuan dan penerimaan ciri-ciri dan pembatasan internet, kekurangan perlindungan data tertentu terhadap kemungkinan penyalahgunaan dan  cetak rompak data atau risiko pencemaran oleh virus-virus yang beredar dalam rangkaian. Toluna SAS tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penyalahgunaan atau gangguan akibat daripada penggunaan komputer, akses internet, talian telefon, atau sebarang sambungan teknikal yang lain, dan untuk menghantar sebarang kemaskini ke alamat salah atau alamat tidak lengkap.

 Artikel VII: Litigasi dan Tanggungjawab

Penyertaan dalam pertandingan ini membabitkan penerimaan peraturan tanpa syarat secara keseluruhan. Sebarang kekeliruan atau maklumat keliru, atau sebarang penipuan akan mengakibatkan perlucutan kelayakan. Toluna SAS akan selesaikan sebarang litigasi yang berkaitan dengan permainan dan peraturan-peraturannya. Toluna SAS tidak akan menjawab sebarang soalan atau permintaan yang berkaitan dengan tafsiran atau penggunaan peraturan-peraturan ini, mekanisme-mekanisme dan modus permainan dan senarai pemenang-pemenang, sama ada secara bertulis atau melalui telefon. Toluna SAS mempunyai hak bagi sebarang alasan apa juga sekalipun untuk melanjutkan atau membatalkan permainan ini menurut Artikel VI.

Artikel VIII: Penyampaian hadiah-hadiah

Toluna SAS tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian yang mungkin berlaku ketika penghantaran kiriman.

Artikel IX: Perjanjian sebagai Bukti

Kecuali dalam kes yang mempunyai kesalahan jelas, ini dipersetujui bahawa maklumat yang dihasilkan daripada proses permainan Toluna SAS boleh digunakan sebagai bukti dalam sebarang litigasi yang berkaitan dengan sambungan dan pemprosesan data elektronik (EDP) dari kata maklumat yang berkaitan dengan permainan.

Artikel X: Bidang Kuasa

Peserta-peserta dengan tanpa syarat menerima hanya tindakan dalam menyertai permainan ini dihantarkan ke undang-undang perancis, termasuk sebarang litigasi yang mungkin timbul akibat daripada tujuan pertandingan ini atau secara langsung atau tidak langsung yang berkaitan dengannya, tanpa prasangka terhadap sebarang konflik undang-undang yang mungkin ada. Sebarang pertikaian antara pihak-pihak terletak secara eksklusif dengan bidang kuasa Grande Instance de Paris Tribunal.

Artikel XI: Perlindungan Data

Dibawah Perlindungan Data akta 6 Januari 1978, art. L.27, peserta-peserta mempunyai hak untuk akses dan membetulkan data mereka. Tidak ada maklumat peribadi yang dikenal pasti dihantar ke  parti ketiga bagi sebarang alasan apa-apapun. .

Artikel XII: Hak-hak harta sastera dan seni

Menurut undang-undang yang menentukan hak-hak harta sastera dan seni, penghasilan semula dan perwakilan semua atau sebahagian unsur-unsur daripada permainan ini adalah sama sekali dilarangkan. Semua tanda dagangan adalah tanda dagangan berdaftar.